• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Selasa 07 Sep 2010
Utama Keistimewaan Jeli Makanan Istimewa
Makanan Istimewa
Colek kerang

 

 

Colek kerang amat mudah diperolehi di Jeli, lebih lebih lagi pada bulan Ramadhan. Kebiasaannya pada bulan Ramadhan, colek kerang ini dinikmati selepas waktu solat tarawikh.

 
Somtam Betik

Diperbuat daripada betik muda yang dipotong nipis-nipis bersama sos istimewanya, Somtam Betik sering menjadi sebutan di kawasan Jeli ini. Hidangannya yang ditabur dengan kacang tanah dan sungguh menyelerakan apabila dihidang bersama sama nasi. Antara kedai yang menyediakan hidangan somtam ini di Jeli ialah :

  • Restoran Bintang
  • Lokasi : Sebelah JPJ, Kampung Bukit Nangka, Ayer Lanas, Jeli Kelantan
  • No Tel : 019 9702340
 
Tomyam Kelapa Muda

Anda pernah dengar Masakan Tomyam Kelapa Muda?? Di Jeli, terdapat beberapa kedai makan yang menyediakan masakan Tomyam Kelapa Muda ini. Kebiasaannya tomyam ini dicampur bersama makanan laut seperti udang dan ketam, kuahnya pula diambil dari air kelapa muda.Bayangkan betapa enaknya masakan ini. Boleh dihirup begitu sahaja atau di makan bersama roti atau nasi putih.

 
Sup Belut

 

Sup Belut amat terkenal di Jeli, malah terdapat beberapa kedai makan atau restoran yang menyediakan juadah istimewa ini yang beroperasi di Bandar Jeli. Hidangan belut memang patut dipromosi kepada orang ramai bagi berkongsi keenakan dan kelebihan khasiatnya.

Antara restoran di Jeli yang menyediakan Sup Belut yang enak ini ialah :

  • Nama Kedai : PO` Adik TOM YAM & E`RUP SUP BELUT SPECIAL
  • Nama Pemilik : Fauzi Bin Harun
    Alamat : Cabang Tiga Layat, 17600 Jeli Kelantan.
    No Telefon : 019-9620249
    Makanan Special : E`rup Sup Belut Special & Tom Yam

 

  • Nama Kedai : N & J IDAMAN RESTORAN
  • Nama Pemilik : Junaidi bin Ab Rahman
    Alamat : Simpang 3 Shell, JRTB. Jeli 17600 Kelantan
 


"Loghat Kito"

Pedah Menenga=Pedas
Panah Ngetok=Panas
Comel Lothey=Comel
Puteh Sepo=Putih
Hitey Legey=Hitam     

 

Perlu Cuba

showBUDU
Budu merupakan makanan traditional Kelantan yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur. Potong cili api dan perah asam limau , hidangkan bersama ikan bakar dan ulam ulaman. Pasti menambat selera anda. Cubalah!!