• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Selasa 07 Sep 2010
PDF Cetak E-mail

 

PROGRAM ICT DARUL FALAH

 

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah asas kepada kehidupan masyarakat abad ke-21. Dunia kini telah beralih dari era pertanian ke era perindustrian hingga ke era teknologi maklumat dan komunikasi. Dalam Pelan Induk Kementerian Pendidikan Malaysia semua sekolah di Malaysia akan menjadi sekolah bestari menjelang 2010. Justeru itu, Parlimen Jeli telah mengambil inisiatif kendiri untuk menjadikan masyarakat setempat khususnya pelajar sekolah celik teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan tujuan mencapai matlamat Wawasan 2020 tersebut.

showProgram yang diilhamkan oleh YB Dato' Mustapa Mohamed ini adalah bertujuan memastikan pelajar pelajar serta warga Parlimen Jeli tidak ketinggalan dari aspek teknologi pada masa kini. Golongan sasaran program ini adalah pelajar pelajar lepasan SPM dan STPM, serta masyarakat yaang berminat. Untuk siri pertama hingga siri ke empat ini, di fokuskan kepada pelajar pelajar sekolah. Program ini memberi fokus kepada pengenalan konsep asas teknologi maklumat dengan menggunakan Windows XP dan Microsoft Office yang terbahagi kepada tiga modul iaitu Microsoft Word 2007, Microsoft Power Point 2007, Microsoft Excel 2007 serta Internet Explorer. Program yang diadakan pada setiap hujung minggu ini diadakan di Darul Falah, iaitu kediaman YB Dato' Mustapa Mohamed, selaku Ahli Parlimen Jeli dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.


Matlamat Program ICT Darul Falah


Program ICT Darul Falah bertujuan untuk melengkapkan masyarakat dengan kemahiran ICT
supaya dapat :
• memperoleh dan menilai maklumat;
• menguruskan dan mengekalkan maklumat;
• menginterpretasikan dan berkomunikasi dengan maklumat yang ada ;

• menyampaikan maklumat dengan kreatif, inovatif, bermakna dan berkesan.

• menggunakan komputer untuk mengakses, memproses maklumat dan
• menyampaikan maklumat dengan kreatif, inovatif, bermakna dan berkesan.

 

Jadual Kelas

Setiap hari Jumaat dan Sabtu (jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang)

 

 

 

"Loghat Kito"

Pedah Menenga=Pedas
Panah Ngetok=Panas
Comel Lothey=Comel
Puteh Sepo=Putih
Hitey Legey=Hitam     

 

Perlu Cuba

showBUDU
Budu merupakan makanan traditional Kelantan yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur. Potong cili api dan perah asam limau , hidangkan bersama ikan bakar dan ulam ulaman. Pasti menambat selera anda. Cubalah!!