• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Isnin 06 Sep 2010
Utama
Daftarkan lebih banyak pemilih - Mustapa

GEMANG, 31 JULAI 2010 - Semua pihak diminta menggemblengkan tenaga dan usaha menjalankan gerak kerja lebih hebat mendaftarkan mereka yang cukup umur sebagai pemilih.

Ketua UMNO Bahagian Jeli ,Dato Sri Mustapa Mohamed berkata, daftar pemilih ini merupakan perkara penting sekiranya pilihan raya diadakan.

Menurutnya, perkara ini sangat mustahak dan sekiranya diambil mudah maka ianya sudah tentu merugikan apabila pilihan raya diadakan nanti.

"Daftar pemilih ini mustahak dan usaha meningkatkan jumlahnya perlu dilaksanakan sebaik mungkin menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti,"katanya ketika berucap dalam majlis pertemuan bersama kepimpinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Lanas dekat sini.

Lebih 100 kepimpinan DUN hadir pada majlis tersebut apabila Dato Sri Mustapa Mohamed hadir menyuntik semangat memberikan motivasi untuk bekerja kuat.

 

"Loghat Kito"

Pedah Menenga=Pedas
Panah Ngetok=Panas
Comel Lothey=Comel
Puteh Sepo=Putih
Hitey Legey=Hitam     

 

Perlu Cuba

showBUDU
Budu merupakan makanan traditional Kelantan yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur. Potong cili api dan perah asam limau , hidangkan bersama ikan bakar dan ulam ulaman. Pasti menambat selera anda. Cubalah!!