• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Isnin 06 Sep 2010
Utama
Pembinaan dewan baru rancak

JENUB, 30 JULAI 2010 - Kerja-kerja terakhir membina dan menyiapkan dewan baru Pondok Moden parlimen Jeli sedang rancak dilaksanakan ketika ini.

Tinjaun ke kawasan berkenaan mendapati kerja-kerja penambaikan Pondok Moden itu sangat membanggakan selepas menerima lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Pengurusnya, Ismail Jusoh berkata, sehingga kini kerja-kerja mengecat, pemasangan wayaring di bahagian luar dewan dan menyiapkan lantai serta pentas dewan lancar.

"Fizikal dewan ketika ini amat memuaskan dan saya jangka bulan Ramadhan ini dewan baru Pondok Moden ini dapat digunakan sepenuhnya untuk program-program dakwah dan kerohaniannya.

"Dengan kapasiti 500 orang dapat dimuatkan, saya percaya dewan baru Pondok Moden ini akan meriah dan ceria dengan pelbagai pengisian,"katanya.

Beliau berkata, hasil usaha Ahli Parlimen Jeli,Dato Sri Mustapa Mohamed ini cukup mengujakan saya sepanjang menguruskan pondok ini dan saya yakin To'Pa akan terus berjuang memajukan pondok ini.

 

"Loghat Kito"

Pedah Menenga=Pedas
Panah Ngetok=Panas
Comel Lothey=Comel
Puteh Sepo=Putih
Hitey Legey=Hitam     

 

Perlu Cuba

showBUDU
Budu merupakan makanan traditional Kelantan yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur. Potong cili api dan perah asam limau , hidangkan bersama ikan bakar dan ulam ulaman. Pasti menambat selera anda. Cubalah!!