• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Isnin 06 Sep 2010
Utama
Anggota bomba bersih balai

BANDAR JELI, 30 JULAI 2010 - Seramai 24 anggota Bomba dan Penyelamat dengan kerjasama pasukan sukarelawan bomba Jeli dekat sini berkumpul menjayakan program gotong royong membersihkan kawasan balai.

Penolong Pegawai Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Bazri Abd.Rahman berkata, program permuafakatan itu bertujuan mewujudkan persekitaran ceria di balai.

Menurutnya, program bulanan ini dilihat langkah bijak ke arah hubungan lebih rapat antara anggota dalam pasukan.

"Semangat kerjasama dan permufakatan  ini sekaligus membawa satu dimensi yang lebih dalam pasukan bomba di daerah ini.

"Di samping itu,semangat gotong royong menggemblengkan tenaga ini merupakan satu usaha murni supaya komunit di sini dapat menjalani kehidupan selesa dan selamat dari pelbagai penyakit,"katanya.

 

"Loghat Kito"

Pedah Menenga=Pedas
Panah Ngetok=Panas
Comel Lothey=Comel
Puteh Sepo=Putih
Hitey Legey=Hitam     

 

Perlu Cuba

showBUDU
Budu merupakan makanan traditional Kelantan yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur. Potong cili api dan perah asam limau , hidangkan bersama ikan bakar dan ulam ulaman. Pasti menambat selera anda. Cubalah!!