• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Isnin 06 Sep 2010
Utama
500 berarak meriahkan sambutan Maulidur Rasul

LUBOK BONGOR, 9 MAC 2010 - Sambutan sempena Maulidur Rasul dekat sini, meriah apabila lebih 500 penduduk pelbagai peringkat umur menyertai perarakan tahunan anjuran Masjid Mukim Lubok Bongor.

Perarakan mengelilingi kampung itu didahului dengan acara berselawat ke atas junjungan besar Rasullulah dimana ianya membabitkan semua kepimpinan peringkat kampung dan badan-badan bukan kerajaann (NGO) tempatan.

Turut menyertai perarakan ialah Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) Lubok Bongor, Zaini Mamat dan Imam Tua, Wan Abu Hanifah Wan Nawang.

Menurut Zaini, perarakan tahunan yang diadakan di mukim ini bermatlamatkan mendidik masyarakat supaya menghayati sirah Rasulullah yang berjuang untuk menegak Islam di muka bumi ini.

"Perjalanan Rasullullah yang penuh liku dan rintangan perlu dihayati masyarakat untuk terus mengukuhkan kekuatan Islam dan bersatu dalam satu landasan yang sama.

"Perarakan ini bukan hanya semata berjalan-jalan sambil memuji Rasullulah tetapi sebagai satu platform kepada masyarakat untuk membina hubungan kemesraan dan silaturrahim lebih baik antara satu sama lain dalam komuniti,"katanya.

Sambutan Maulidur Rasul pada hari tersebut turut dimeriahkan dengan slot ceramah dan dua ekor lembu turut disembelih hasil sumbangan Ahli Parlimen Jeli, Dato' Sri Mustapa Mohamed dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah, Dato Abd.Aziz Derashid.

Beliau berkata, masyarakat perlu mengambil iktibar sempena sambutan Maulidur Rasul setiap tahun untuk mengukuhkan kedudukan umat Islam.

 

"Loghat Kito"

Pedah Menenga=Pedas
Panah Ngetok=Panas
Comel Lothey=Comel
Puteh Sepo=Putih
Hitey Legey=Hitam     

 

Perlu Cuba

showBUDU
Budu merupakan makanan traditional Kelantan yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur. Potong cili api dan perah asam limau , hidangkan bersama ikan bakar dan ulam ulaman. Pasti menambat selera anda. Cubalah!!