| Dua kampung bergabung raikan Maulidur Rasul |
![]() JEDOK, 8 MAC 2010 - Dua buah kampung dekat sini bergabung meraikan sambutan Maulidur Rasul di madrasah Jedok Tua. Penyelarasnya, Hassan Che Awang berkata, program yang dijayakan ini bukan sahaja dilihat sebagai platform memperkasakan ummah tetapi sambutan sebegini merupakan panduan dan kaedah mengeratkan hubungan silaturrahim sesama muslim. Menurutnya,penglibatan ramai penduduk menerusi program sambutan kelahiran Nabi Muhamad S.A.W ini membuktikan kecintaan umat Islam terhadap junjungan besar Rasulullah yang diutus untuk memimpin umat diakhir zaman ini. "Peluang meraikan sambutan ini cukup berimpak kepada masyarakat dan sebagai umatnya kita dingatkan supaya sentiasa berselawat ke atasnya sebagai tanda terima kasih dan menyayangi baginda. "Dalam kehidupan hari ini, apa yang lebih penting ialah umat Islam seharusnya mengambil ikhtibar dari segala kepayahan dan kerumitan dilalui Rasullulah dalam mengembangkan syiar Islam di muka bumi ini,"katanya ketika ditemui selepas majlis. Beliau berkata, sambutan meriah yang diberikan pada majlis membuktikan kekukuhan umat Islam dan saya berterima kasih kepada semua pihak dalam menjayakan program sambutan padakali ini. Majlis sambutan pada hari tersebut turut disambut dengan alunan selawat dan jamuan makan di perkarangan madrasah.
|
BUDU
Budu merupakan makanan traditional Kelantan yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur. Potong cili api dan perah asam limau , hidangkan bersama ikan bakar dan ulam ulaman. Pasti menambat selera anda. Cubalah!!