• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Isnin 06 Sep 2010
Utama
JPV perkenal kaedah baru permanian beradas

BATU GAJAH, 7 MAC 2010 - Jabatan Perkhidmatan Veteriner (JPV) Negeri Kelantan memperkenalkan kaedah dan peralatan baru yang mampu dimilki serta digunakan penternak-penternak di neger-negeri ini untuk membiakkan ternakan mereka.

Set lengkap peralatan permanian beradas buatan Korea itu dianggarkan berharga RM2,000 itu menunjukkan hasil membanggakan apabila ujian dilakukan JPV baru-baru ini menunjukkan 9 daripada 20 ekor lembu berjaya dibiakkan.

Ketua Seksyen Teknologi Pembiakan dan Pembakaan Negeri, Normala Tukiban berkata, di Kelantan alat berkenaan baru sahaja diperkenalkan.

Menurutnya,produk tersebut sangat baik terutama untuk kegunaan penternak-penternak baru yang ingin menggunakan alat ini.

"Kecekapan penggunaan alat ini dengan kaedah manual yang digunakan tidak sama tetapi produk ini cukup baik bagi pengguna-pengguna amatur.

"Bagi penternak yang pertama kali menggunakan alat ini mereka boleh menguasainya dengan lebih baik memandangkan ianya dilengkapi dengan cermin yang membolehkan penternak melihat terus keseluruhan peranakan ternakan sebelum disuntik benih,"katanya ketika ditemui dekat sini pada program pembakaan dan pembiakan projek ternakan lembu parlimen Jeli.

Beliau  berkata, tanpa menggunakan tangan seperti yang digunakan kaedah manual peralatan tersebut mengambil masa sehingga 10 minit bagi tujuan memasukkan benih yang dikehendaki.

"Menerusi imej yang dipantulkan, penternak boleh melihat keseluruhan peranakan ternakan sama ada sesuai atau tidak untuk dimasukkan benih memandangkan imejnya yang jelas.

"Setakat ini, JPV telah menggunakan kaedah ini di Gua Musang dan di parlimen Jeli adalah susulan untuk melihat keberkesanannya,"katanya.

 

"Loghat Kito"

Pedah Menenga=Pedas
Panah Ngetok=Panas
Comel Lothey=Comel
Puteh Sepo=Putih
Hitey Legey=Hitam     

 

Perlu Cuba

showBUDU
Budu merupakan makanan traditional Kelantan yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur. Potong cili api dan perah asam limau , hidangkan bersama ikan bakar dan ulam ulaman. Pasti menambat selera anda. Cubalah!!