• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Isnin 06 Sep 2010
Utama
Cetak


 Boria SKKB mahu melangkah lebih jauh

   Pulau Mutiara sememangnya sinonim dengan kumpulan Boria. Namun, teater yang amat popular di Utara Semenanjung Malaysia itu kini mula menapak di Daerah Jeli.
   Di daerah ini, Sekolah Kebangsaan Kuala Balah (SKKB) mempelopori permainan ini di mana satu kumpulan Boria di tubuh dan di bimbing oleh guru, Noraini Yahya dan Rosmani Yusof.Menurut Noraini, sejarah penubuhan kumpulan Boria SKKB ini bermula empat tahun lalu.
   “Ianya tercetus ketika satu pertandingan sketsa di adakan di mana ianya membabitkan Kelab Doktor Muda di sekolah ini.
   “Bermula di situlah kami menggilap bakat pelajar-pelajar tahun 4, 5 dan 6 sekolah ini sehingga tertubuhnya kumpulan boria ini,”katanya.
   Kata Noraini, dengan keahlian seramai 15 orang pelajar, pemilihan untuk menyertai kumpulan boria ini cukup teliti.
   “Ahli kumpulan ini bukan sahaja di pilih bersandarkan minat tetapi berbakat selain kemampuan menari kerana persembahan boria memerlukan segmen menyanyi dan sketsa.
   “Dari segi latihan, bagi mengelakkan akedemik pelajar terganggu, waktu penghujung sesi waktu belajar digunakan untuk latihan persembahan di gunakan memandangkan mereka telah terlatih, mereka hanya memerlukan sesi pemanasan,”katanya.
   Kata beliau, dalam tempoh di tubuhkan banyak persembahan telah di tayangkan kepada khalayak dan perkara membanggakan ialah mengadakan persembahan di hadapan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid baru-baru ini.
   Beliau berkata, kumpulan borianya turut mendapat sokongan dan dorongan pihak sekolah, dari segi penyediaan pakaian dan sebagainya pihak sekolah sangat membantu.
   “Biarpun masih lagi dalam proses ‘belajar’, kami berharap dapat mencipta kejayaan cemerlang kelak untuk mewakili sekolah seterusnya mengharumkan nama sekolah biarpun di labelkan sebagai sekolah hulu,”katanya.

 

"Loghat Kito"

Pedah Menenga=Pedas
Panah Ngetok=Panas
Comel Lothey=Comel
Puteh Sepo=Putih
Hitey Legey=Hitam     

 

Perlu Cuba

showBUDU
Budu merupakan makanan traditional Kelantan yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur. Potong cili api dan perah asam limau , hidangkan bersama ikan bakar dan ulam ulaman. Pasti menambat selera anda. Cubalah!!