• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Jumaat 27 Jan 2012
Utama
500 banjiri karnival pancing dan menang

LAWANG 28 Dec 09 – Karnival pancing dan menang di kolam memancing Paks Su Che Mood anjuran Majlis Sukan Daerah Jeli dengan kerjasama Persatuan Beliawanis Daerah berjalan lancar.

Program yang bermula pada jam lebih kurang 9 pagi itu disertai hampir 500 orang penduduk pelbagai peringkat umur.

Menurut Pengerusi Majlis Sukan Daerah, Khairul Ikhwaniza Mohd Zahari, program kali pertama anjurannya itu cukup membanggakan dengan jumlah penyertaan tersebut.

“Berkemungkinan program sebegini akan dianjurkan sekali lagi pada tahun hadapan dalam usaha kita menarik lebih ramai golongan muda mengisi masa dengan program-program berfaedah.

“Apa yang penting ialah kesepakatan semua pihak samada dari belia, pergerakan wanita, pemuda, puteri dan UMNO Bahagian sendiri dalam menjayakan program ini cukup membanggakan.

“Terima kasih diatas sokongan dan kerjasama semua pihak di parlimen Jeli ini,”katanya.

 

"Loghat Kito"

Ayup = Gayat
Buah Sawo Nilo = Buah Ciku.
Cari Nnyakit = Cari Pasal
Demo = Kata ganti diri untuk Awak.
Ghoyak = Beritahu     

Perlu Cuba

showBUDU
Budu merupakan makanan traditional Kelantan yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur. Potong cili api dan perah asam limau , hidangkan bersama ikan bakar dan ulam ulaman. Pasti menambat selera anda. Cubalah!!