| Industri Kecil & Sederhana |
|
Terdapat banyak peluang perniagaan dalam pelbagai sektor yang boleh diteroka dalam Industri Kecil & Sederhana. Warga Jeli tidak melepaskan peluang yang boleh menjana pendapatan yang lumayan ini. Antara program yang telah diceburi oleh mereka ialah : 1. Program Pembangunan PKS - Seramai sembilan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari jajahan Jeli telah terpilih mengikuti projek perniagaan syarikat contoh ini. Mereka diberi bimbingan dan didedahkan mengenai pengurusan daya saing, menambah kecekapan dan meningkatkan produktiviti perniagaan yang diusahakan. Mereka dijadikan contoh kepada pengusaha IKS lain dalam meningkatkan prestasi, produktiviti dan kualiti perniagaan masing masing dengan berkongsi pengalaman dan ilmu yang mereka perolehi.
KEREPEK |
BUDU
Budu merupakan makanan traditional Kelantan yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur. Potong cili api dan perah asam limau , hidangkan bersama ikan bakar dan ulam ulaman. Pasti menambat selera anda. Cubalah!!