| Penternakan di Jeli |
|
|
|
|
Parlimen Jeli sememangnya mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan dalam bidang ternakan. Beberapa projek ternakan yang dilaksanakan di Parlimen Jeli antaranya Ternakan Kambing Baka Boer di Air Guring, Batu Melintang, projek ternakan kambing berkelompok, projek ternakan ayam berkelompok dan beberapa lagi projek yang sedia ada dan bakal dilaksanakan di Parlimen Jeli.
Ternakan Ayam Kegiatan ini dapat meningkatkan ekonomi penduduk Jeli serta menggalakkan mereka terlibat dalam bidang ternakan sekaligus menyahut hasrat kerajaan agar masyarakat di Malaysia melibatkan diri dalam bidang pertanian dan ternakan. Proses pemasaran dan promosi telah mendapat kerjasama dari pihak FAMA iaitu menerusi Pasar Tani Mega. Jeli antara kawasan yang aktif dalam penternakan ayam dengan melahirkan beberapa pengusaha ternakan yang berjaya.
Kira-kira 10 orang dari Kampung Asahan mengusahakan Projek Pembangunan Komuniti (Ternakan Ayam Kampung) anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Jeli. Projek ternakan ini telah pun memasuki pusingan kedua dengan hasil jualan pusingan pertama sebanyak 1000 ekor ayam baru-baru ini.Pada kali ini, mereka memasukkan 5000 ekor ayam disebabkan permintaan yang amat memberangsangkan.Setiap ekor ayam dijual kepada pemborong dengan harga RM 5.Usaha ini mendapat khidmat nasihat daripada Jabatan Haiwan tentang cara-cara pemeliharaan dan penjagaan ayam dengan sempurna.
![]()
Ternakan Kambing Pada tahun 2008, kadar pertumbuhan sektor pertanian cukup tinggi dan sektor penternakan berkembang sehingga 35 peratus. Sejumlah 15,000 kambing dan 10,000 lembu membabitkan induk dan baka telah di import bagi tujuan pembakaan di seluruh negara dan tahun ini importnya akan bertambah dua kali ganda menerusi program pembangunan pedaging.Penglibatan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang mengubah sedikit haluan dalam usaha untuk membasmi kemiskinan di luar bandar seterusnya akan mengembangkan lagi bidang penternakan ini. Di Jeli, Projek pengandaan baka kambing Boer bernilai RM2.4 juta di Kampung Air Guring, Batu Melintang Jeli di lihat mampu menampung permintaan besar pasaran daging negara. |
BUDU
Budu merupakan makanan traditional Kelantan yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur. Potong cili api dan perah asam limau , hidangkan bersama ikan bakar dan ulam ulaman. Pasti menambat selera anda. Cubalah!!