| Pertanian di Jeli |
|
Jeli telah diperuntukkan sejumlah RM 3.8 juta kepada pertubuhan-pertubuhan peladang kawasan untuk membangunkan projek pertanian meliputi baik pulih tanah terbiar serta pelbagai lagi perancangan yang tersusun untuk meningkatkan pertanian sekaligus meningkatkan pendapatan penduduk.
![]() BUAH NAGA Buah Naga adalah buah daripada sejenis pokok kaktus. Ia ditanam secara komersial di Vietnam dan Australia, walaupun ia berasal dari Amerika Selatan. Buah naga yang matang adalah seberat lebih kurang 400 gram tetapi ada juga yang membesar sehingga lebih satu kilogram! Isi buah naga berwarna putih, merah, atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam yang boleh dimakan. Tekstur isinya adalah seperti isi tembikai, manakala rasanya pula adalah seperti buah kiwi. Ciri-ciri unik inilah yang menjadikan buah naga amat sesuai dijadikan ramuan dalam salad buah-buahan. Walau bagaimanapun ,tanaman buah naga ini ditanam secara komersial di kawasan Jeli. Tanaman 1,001 khasiat ini dipercayai boleh menurunkan kadar kolesterol, mengimbangi kadar gula dalam darah, menguatkan fungsi ginjal dan tulang, menguatkan minda, meningkatkan ketajaman mata dan sebagainya. Antara contoh pengusaha tanaman buah naga yang berjaya di Parlimen Jeli ialah Zulkifli Mamat, yang berasal dari Chedok. Sejumlah 1,200 pokok naga telah ditanam dan diusahakannya dengan kerjasama Jeli Valley Farming and Trading dan dipantau oleh Lembaga Tembakau Negara. Minat menanam buah naga yang diusahakannya tercetus memandangkan tanaman berkenaan mengeluarkan buah sepanjang tahun selain masa yang singkat dan mudah dijaga.Projek tanaman integrasi yang di laksanakan pada tahun 2006 itu membabitkan 22 orang bekas penanam tembakau di Parlimen Jeli.
ANGGUR Agak menarik perhatian ramai apabila pokok anggur telah mula ditanam di Taman PUSPA Tani. Pokok tersebut mula dibawa oleh pihak Jabatan Pertanian pada awal Ogos 2008. Ia agak menarik perhatian ramai terutama pada musim cuti sekolah, ramai yang mengunjungi taman ini, ia adalah dikalangan pengguna lebuhraya Timur-Barat yang berhenti rehat di sini ( R & R Gemang).
SERAI Tanaman Serai mendapat sambutan yang tinggi di kawasan Jeli. Menurut salah seorang pengusaha tanaman ini, ilham mengusahakan tanaman serai secara komersil adalah untuk menyahut seruan kerajaan yang menyatakan bahawa "Pertanian Adalah Perniagaan".
|
BUDU
Budu merupakan makanan traditional Kelantan yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur. Potong cili api dan perah asam limau , hidangkan bersama ikan bakar dan ulam ulaman. Pasti menambat selera anda. Cubalah!!