| Somtam Betik |
|
Diperbuat daripada betik muda yang dipotong nipis-nipis bersama sos istimewanya, Somtam Betik sering menjadi sebutan di kawasan Jeli ini. Hidangannya yang ditabur dengan kacang tanah dan sungguh menyelerakan apabila dihidang bersama sama nasi. Antara kedai yang menyediakan hidangan somtam ini di Jeli ialah :
|
BUDU
Budu merupakan makanan traditional Kelantan yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur. Potong cili api dan perah asam limau , hidangkan bersama ikan bakar dan ulam ulaman. Pasti menambat selera anda. Cubalah!!